Wednesday, September 2, 2009

Bayu sampaikan salam dukaku..

Wahai Cinta,

Sudah beradab lama ingin ku nyatakan padamu sesuatu yang ku rahsiakan darimu namun pelbagai rintangan yang membantuti perakuanku. Cinta, persahabatan yang kita bina sekian lama roboh sekelip mata bila hadirnya perasaan aneh ini.

Aku mencuba wahai cintaku, aku cuba untuk membunuh parasit-parasit yang memusnahkan kita namun perasit aneh ini berjaya merentasi segalanya. Aku tak pernah merasai perasaan sedemikian terhadap sesiapapun kecuali terhadap dirimu. Aku tak dapat menahan diri ini dari terus dikuasai parasit aneh ini.Maafkan aku. Aku keliru, cintaku.

Adakah itu yang orang maksudkan CINTA? Entahlah. Aku sendiri tak pasti. simtom -simtomnya mulai dikesani rakan- rakanku. Mereka kata aku telah jatuh cinta padamu. Aku mulai takut, takut kehilanganmu, takut kau menjauhiku, takut kau membenciku, takut kau tak punya perasaan sama sepertiku.

Salahkah aku cuba menjauhi perasaan aku sendiri? Salahkah aku cuba mempertahankan persahabatan kita? Salahkah aku meragui renunganmu terhadapku? Salahkah aku menyayangimu lebih dari seorang teman biasa?

Wahai cintaku,

Aku tak pernah menyesali pertemuan antara kita yang Tuhan tentukan sejak azali lagi, walaupun hati aku menangis merinduimu semenjak kau pergi, pergi meninggalkanku, meninggalkan jejak langkah yang dipenuhi suka duka kita bersama. Namun, Kebahgiaanmu mampu mengukir senyuman di wajahku, mengikis kesedihanku, meniupkan semangat untuk aku terus hidup. Jika inilah pengakhiran perjalanan kita, termahtubnya kisah kita, walaupun berat bibirku mengatakan rela melepaskanmu, biarlah aku menyatakan sekali lagi,

AKU MENCINTAIMU, CINTA abadi yang kekal buat selamanya, CINTA yang sanggup berkorban hanya untuk sebuah senyuman di wajahmu. AKU RELA MELEPASKANMU untuknya..pergilah sayang..pergi kepadanya...


Yang benar,
Aku bukan siapa-siapa..