Thursday, September 3, 2009

Aku TeNgaH EmO..

hidup..
mesti ada tujuan nak, mun hidup di muka bumi towk..
mun sekda tujuan hidup maka hidup2x pun sik guna.....

aku entah kenak sa cam sik maw terus berpijak di alam realiti..
aku slalu bermimpi ali..
biasalah budak malas cam aku...
malas nak menghadapi menda2x challenge ckit...
kenak ar???
aku dah banyak molah menda2 nok aku sik pernah impikan...
yalah, uni yar lain mena dr segi sistem pembelajaran semua yar...
presentation, report,..etc..etc...
tapi aku terasa asing mena dgn dunia pia..
mungkin sbb aku belum biasa, atau aku mls nak explore, aaaa..atau arti kata lain aku sik pande ilak nak mengenali dunia fantasi dan realiti...
aku seringkali bermimpi, bermimpi manjadi org yg berjaya...(sepaaa mok jadi org gagal nak??..)
tapi berjaya dlm apa????aku masih sik taw apa yg aku maw...*pelik2*

argh..
entahlah...aku sik maw slhkan sesiapa bab aku tahu semua slh aku...
salah aku yg berperangai mcm budak2x, mls belajar apa semua....
adakah aku pasti maw teruskan apa yg aku wat skunk??
tapi parents dah spend byk kat pembelajaran aku..
aku sik maw menyusahkan cdaknya..
aku rasa ketinggalan..
aku cuba mengejar tapi speed aku semakin hari semakin perlahan..
aku keletihan, dan tak punya yakin diri dari truskan perjalanan aku..
aku rasa aku cuma memaksa diri dari trus bertahan...
ya jak yg ku pat wat masa nektowk...
sampai bila aku perlu wat semua towk..
aku mungkin wat satu kesilapan terbesar lam hidup aku..
aku yg memilih, aku yg degil...
aku sbnrnya ingin melakukan sesuatu ats keinginan aku
tapi toqk wat pertama kali parents izinkan aku wat keputusan sendiri...
tak semestinya kita taw apa yg kita inginkan...
adakah begitu???
aku sik taw...
aku keliru....

dalam hidup towk
ada org yg berjaya, ada org yg gagal...
adakah aku dr golongan yg gagal???
aku takut, takut menghadapi realiti...
adakah aku tgh melayang di dunia fantasi
menenangkan jiwa yg semakin dilanda arus gelora...
aku benci perasaan towk nektowk...
aku takut..
pandangan aku semakin kabur
adakah aku kan buta suatu hari????
aku tiada tempat mengadu...
mena,.. sekda sorang yg taw gambaran sbnr perasaan towk..
aku perlu seseorg mendorong aku..
tapi sampai bila nak bergantung ngan org...???
hurmm...

Aku selalu mengimbas kembali apa ku dah polah selama towk..
apa yg aku sik pernah polah dan menyesal masa towk...

adakah masih ada masa untuk aku berubah menjadi lbh baik..
adakah aku punyai sesuatu yg org lain tarak ada...

aku perlu mencari...benar...aku perlu lakukan sesuatu...
ya ALLAH, aku perlu pertolongan dariMU..

huh...
terluah sa hati...

Wednesday, September 2, 2009

Bayu sampaikan salam dukaku..

Wahai Cinta,

Sudah beradab lama ingin ku nyatakan padamu sesuatu yang ku rahsiakan darimu namun pelbagai rintangan yang membantuti perakuanku. Cinta, persahabatan yang kita bina sekian lama roboh sekelip mata bila hadirnya perasaan aneh ini.

Aku mencuba wahai cintaku, aku cuba untuk membunuh parasit-parasit yang memusnahkan kita namun perasit aneh ini berjaya merentasi segalanya. Aku tak pernah merasai perasaan sedemikian terhadap sesiapapun kecuali terhadap dirimu. Aku tak dapat menahan diri ini dari terus dikuasai parasit aneh ini.Maafkan aku. Aku keliru, cintaku.

Adakah itu yang orang maksudkan CINTA? Entahlah. Aku sendiri tak pasti. simtom -simtomnya mulai dikesani rakan- rakanku. Mereka kata aku telah jatuh cinta padamu. Aku mulai takut, takut kehilanganmu, takut kau menjauhiku, takut kau membenciku, takut kau tak punya perasaan sama sepertiku.

Salahkah aku cuba menjauhi perasaan aku sendiri? Salahkah aku cuba mempertahankan persahabatan kita? Salahkah aku meragui renunganmu terhadapku? Salahkah aku menyayangimu lebih dari seorang teman biasa?

Wahai cintaku,

Aku tak pernah menyesali pertemuan antara kita yang Tuhan tentukan sejak azali lagi, walaupun hati aku menangis merinduimu semenjak kau pergi, pergi meninggalkanku, meninggalkan jejak langkah yang dipenuhi suka duka kita bersama. Namun, Kebahgiaanmu mampu mengukir senyuman di wajahku, mengikis kesedihanku, meniupkan semangat untuk aku terus hidup. Jika inilah pengakhiran perjalanan kita, termahtubnya kisah kita, walaupun berat bibirku mengatakan rela melepaskanmu, biarlah aku menyatakan sekali lagi,

AKU MENCINTAIMU, CINTA abadi yang kekal buat selamanya, CINTA yang sanggup berkorban hanya untuk sebuah senyuman di wajahmu. AKU RELA MELEPASKANMU untuknya..pergilah sayang..pergi kepadanya...


Yang benar,
Aku bukan siapa-siapa..